Latar Belakang Penafsir
i. Jalaluddin al-Mahally
Beliau adalah ‘Alamah Muhammad bin Ahmad bin Ibrahim bin Ahmad bin Hasyim al-Mahally, al- Misry, al-Syafi’I, terkenal dengan keluasan ilmunya, luas pengetahuannya dan banyak penulisannya. Beliau seorang yang mufassir, ahli fikah, ahli Usul, dan ahli mantik.
Dilahirkan di Kaherah tahun 791 hijrah bersamaan dengan 1389 masehi. Wafat pada permulaan tahun 864 hijrah meninggalkan penulisan-penulisan yang penting dalam ilmu yang berbagai-bagai yang telah sempurna dalam ilmu pengetahuan dan diantaranya ialah: Tafsir al-Quran al-’Azim yang menerangkan permulaan surah al-kahfi hingga surah al-Nas.
ii. Jalaluddin al-Sayuti
Beliau adalah Abdul Rahman bin Kamaluddin Abi Bakar bin Muhammad bin Sabiqaddin bin Fakhruddin Uthman bin Nasiruddin Muhammad bin Yusufuddin bin Khadaril al-Khadiri Jalaluddin al-Sayuti al-Misri al-Syafi’i. Dilahirkan pada tahun 849 hijrah bersamaan 1445 masehi. Beliau wafat pada 9 Jamadil Awal tahun 911 hijrah. Menggunakan masa yang panjang dengan menulis dalam ilmu yang berbagai dan menunjukkan beliau adalah seorang yang pakar, luas pengetahuan, kepintaran yang tajam, sabar dalam menuntut ilmu. Diantara kesan yang ditinggalkannya dalam tafsir dan Ulum al-Quran adalah:
Al-Dar al-Manthuri Fi al-Tafsir Bil Ma’thur
Al-Itqan Fi Ulum al-Quran
Tafsir Quran al-’Azim yang ditulis oleh al-Mahalli tidak sempurna dan disempurnakan oleh al-Sayuti daripada awal surah al-Baqarah hingga surah al-Isra’
Oleh kerana perbuatan al-Sayuti dan al-Mahalli adalah sama dalam kaedah serta uslubnya maka ia dikenali sebagai Tafsir al-Jalalain yang dinisbahkan kepada dua orang penulis iaitu Jalaluddin al-Mahalli dan Jalaluddin al-Sayuti
Sebagai pemeliharaan kitab tafsir ini, penerangan dan pengkajian yang lebih lanjut telah dilakukan oleh ulama-ulama dengan syarah dan kupasan yang lebih mendalam diantara kitab-kitab tersebut adalah:
i. Hasiah al-Sawi Ala Tafsir Jalalain, 6 jilid.
ii. Futuhat al-Ilahiat dan ia adalah kupasan yang sempurna ke atas tafsir Jalalain.
Tuesday, February 27, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment